Aug 24, 2009

Biskut Coklat Cips Rangup

BISKUT COKLAT CIPS RANGGUP


Resipi ini dikongsi bersama oleh Kak Efkay di FRD, resipi asal adalah dari Kak Hanieliza.
Kepada Kak Efkay dan Kak Hanieliza, terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.



BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Koleksi Resipi Biskut Raya

* Koleksi ini sumbangan D. Terima Kasih kepada D dan kawan-kawan kerana sudi berkongsi resepi. Mari kita sama-sama mencuba...

ALMOND BISCUITS


ALMOND BISCUITS
Sumber: The Big Book of Beautiful Biscuits

Bahan-bahannya
1 biji putih telur
1/2 sudu teh madu
1 - 2 titik esen badam (almond essence)
250 gram badam, dikisar
3/4 cawan gula kaster
1 biji putih telur (extra)
1 cawan gula aising
60 gram hirisan badam

Cara-caranya
1. Pukul 1 biji putih telur sehingga gebu dan memekat, masukkan madu dan esen badam.
2. Masukkan pula badam kisar dan gula yang telah disatukan dan masukkan kedalam adunan putih telur tadi. Gaul hingga sebati.
3. Tutup dengan plastik cling wrap dan biarkan ia selama 12 jam atau semalaman.
4. Pukul 1 biji putih telur (extra) sehingga gebu dan memekat. Masukkan setengah adunan putih telur ini kedalam adunan putih telur yang telah diperap selama 12 jam.
5. Gaul rata adunan itu lagi dan kemudian ambil doh bentukkan bulat dan golekkan pada gula aising dan atur di loyang pembakar. Ambil gelas dan tekan doh bulat dengan dasar gelas.
6. Sapukan atas doh biskut dengan lebihan putih telur yang diketepikan tadi dan hiaskan dengan beberapa hirisan badam.
7. Bakar pada suhu 175 darjah C selama 20 minit atau sehingga biskut masak.

ALMOND LONDON


Resipi ini dikongsi oleh Maklang, resipi asal dari Encik Mat Gebu. Biskut ini laku time hari raya je eh… Thanks Maklang and Encik Mat Gebu sudi panjangkan resipi kepada kita semua.

ALMOND LONDON
Sumber: Mat Gebu

Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip")
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti.
5. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!

ALMOND COOKIES


Resipi ini dipanjangkan oleh Kak Efkay (FRD). Sesuai untuk minum petang ataupun salah satu biskut untuk musim perayaan. Terima kasih Kak Efkay sudi kongsi resipi ini dengan kita semua.


ALMOND COOKIES (BISKUT BADAM)
Sumber: Kak Efkay (FRD)

Bahan-bahannya
120gm butter
80 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
60 gm badam kisar
180gm tepung gandum

badam flake
kuning telur untuk sapuan

Cara-caranya
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.
4. Canai dan ratakan adunan.
5. Tekan dengan sebarang acuan dan letakkan badam flake dan sapukan kuning telur atasnya.
6. Bakar dalam suhu 180'C selama 15 minit atau masak.
7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

ALMOND SHORTBREAD COOKIES


Resipi biskut ini dari makcik D. Memang tiap-tiap tahun beliau buat dan banyak yang order dengannya. Biskut ini adalah sejenis biskut shortbread. Untuk buat biskut ini pun kena tahu tekniknya sikit sebab my cousin pernah berikan resipi ini pada kakak saudara D yang cuba buat tapi tak berapa menjadi. Biskut yang dipotong tu pecah-pecah sikit. Tapi bab rasa biskut ini memang kelas sedap youuuu….

Ada dua cara untuk buat biskut ini salah satu adalah seperti lorekkan design coklat putih diatas coklat hitam. Ini macam yang selalu kita nampak. Lagi satu senang punya kes selepas sapu coklat hitam taburkan badam cincang yang telah dibakar seperti yang makcik D buat. Ataupun lagi satu cara boleh dapatkan loyang yang ada alat memotong biskut tapi makcik D potong pakai pisau je… dah terror lerrrr… Resipi ini sukatan dalam oz… jadi kalau nak convert 1 oz = 28.3 gram.


ALMOND SHORTBREAD COOKIES

Bahan-bahannya
12 oz top flour
8 oz mentega
6 oz gula kaster
2 oz badam, dikisar halus
1 biji kuning telur
1 oz chocolate, diparut
secukup coklat mohrenglanz, dicairkan
secukup coklat putih

Cara-caranya
1. Cairkan secukup coklat hitam dan coklat putih menggunakan teknik double boil dan ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan badam kisar, coklat parut dan tepung dan gaul rata.
4. Alaskan kertas kuih yang telah digris dengan mentega pada loyang ukuran 14 x 11 x 1 inci. Tuang dan ratakan adunan, tekan sikit kasi mampat.
5. Bakar pada suhu 150 darjah C sehingga ia masak.
6. Setelah masak sapukan coklat yang telah dicarikan diatasnya dan dengan cepat pipekan coklat putih dan lorekkan designnya dan gunakan acuan biskut untuk memotong sewaktu biskut masih panas. Kalau dah sejuk biskut keras susah nak potong.

Nota: Lagi satu cara untuk menghias biskut adalah apabila sudah sapukan coklat hitam diatas biskut tabur kacang badam yang telah dicincang dan kemudian potong semasa biskut masih panas. Cara ini lebih cepat sedikit dari kita membuat design menggunakan coklat putih diatas biskut.

BANGKIT NYONYA (MAT GEBU - CELEBRATE LIFE WITH FOOD)



BANGKIT NYONYA

Bahan-Bahannya:-

350 g tepung sagu ubi
3 helai daun pandan, dipotong2
150 g gula aising, diayak
20 g mentega
1 kuning telur
130 g pati santan (perah tanpa menggunakan air atau guna santan kotak)
50 g pati santan (untuk kegunaan lain)
Secubit baking powder


Cara membuatnya:-
1. Tepung ubi disangai dalam kuali bersama2 daun pandan hingga ringan dan wangi, gunakan api perlahan selama 10 minit. Biarkan sejuk, kemudian ayak bersama baking powder. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, satukan gula aising, kuning telur dan pati santan, kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan senduk atau tangan. Masukkan tepung hingga habis dan bancuh hingga menjadi doh.
3. Tutup doh dengan kain lembap. Bagi doh tapi kepada 3 - 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai setebal 0.5 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Boleh juga disepit untuk membuat corak. Susun dalam dulang dan bakar pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Kepanasan bergantung pada oven masing2.
4. Untuk adunan seterusnya, jika diuli ianya agak keras, boleh tambah 1 camca teh santan pekat (dari 50 g yang diasingkan tadi)
5. Sejukkan kuih bangkit atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. Boleh juga membentuk kuih bangkit menggunakan acuan"putu kacang".



BISKUT BADAM BERKOPI NESTUM

Sumber: Jelita Oktober 2005

Bahan-bahannya
1 cawan tepung naik sendiri, diayak
1 1/2 cawan bijirin NESTUM
1 1/2 cawan serbuk badam
200 gram mentega atau majerin
150 gram gula kastor
1 biji telur
2 camca besar serbuk kopi nescafe dicampur dengan
2 camca besar air panas
kacang hazel
coklat masakan cair, coklat dan putih

Cara-caranya
1. Ayak tepung, masukkan bijirin NESTUM dan badam; gaul rata dan ketepikan.
2. Krim mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan campurkan NESCAFE. Kaup balikkan campuran tepung.
3. Ambil satu camca teh adunan, bentukkan ke bebola kecil. Letak diatas dulang pmebakar yang telah dilenser. Ratakan sedikit adunan dan hias dengan kacang hazel.
4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah C selama 10 - 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit.
5. Bila biskut sudah sejuk, jika suka hias dengan kedua-dua coklat masakan cair.

BUTTER COOKIES


Resipi ini dikongsi oleh Saudari Makdaro di FRD. Mengikut kata Makdaro biskut yang mudah dan sedap untuk sesuai dihidangkan kepada keluarga bersama the panas. Cubalah…

Kepada Makdaro, mekacih sis for sharing with us all.


BUTTER COOKIES
Sumber: Makdaro (FRD)

Bahan-bahannya
500gm butter tanpa garam
200gm icing sugar
1 tsp garam
2 biji telur
650gm tepung gandum
50gm tepung susu
Stoberi jem secukupnya
Beg piping dan nozel star

Cara-caranya
1. Panaskan oben pada suhu 175D.
2. Ayak tepung gandum & tepung susu dan ketepikan.
3. Pukul butter & gula hingga putih memucat.
4. Masukkan telur satu biji dahulu kemudian pukul hingga sebati & masukkan satu biji lagi & pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan garam & bancuhan tepung ke dalam & gaul rata.
6. Masukkan doh kedalam beg piping berserta dgn nozel nya sekali & picit ikut gaya sendiri.
7. Bubuh stoberi jem ditengah2 & bakar selama 15min atau hingga kuning.
8. Sejukkan diatas redai & simpan di dalam telap kedap udara.

BISKUT TINTAN KELAPA


Resipi ini dikirimkan oleh Maklang. Terima kasih Maklang, I lap you. Semoga dilimpahi rezeki dan diberkati, tidak lokek berkongsi resipi bersama D dan kawan-kawan disini.

Mengikut kata Maklang, biskut ini sedap dan ranggup. Kali pertama beliau buat untuk bawak balik kampung, MIL Maklang tanya guna tepung apa, ranggup biskutnya dah tu sedap pulak. Untung MIL Maklang dapat anak menantu pandai memasak dan buat kuih. Seronok kan Maklang bila dapat pujian dari ibu tersayang.

Ini D panjangkan resipi dari Maklang kepada kawan-kawan semua. Terima kasih sekali lagi Maklang.


BISKUT TINTAN KELAPA
Sumber: Maklang

Bahan-bahannya
1 cawan kelapa kering
1 cawan gula
1 cawan butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung sagu/ubi
1 sudu besar baking powder
1 sudu besar esen vanila
pewarna hijau (jika suka)
sedikit kismis utk hiasan

Cara-caranya
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masuk kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masuk campuran tepung tadi dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.

BISKUT SUJI BADAM KAK INTAN


Resipi ini adalah sumbangan dari Kak Intan (Mealtimemenus). D beri resipi ini 5 bintang, top rated resipi. Tahun lepas rumah sewaktu raya biskut ini telah dicuba dan tetamu yang datang cakap sedap. Biskut ini makan masuk mulut terus cair. Terima kasih Kak Intan sudi berkongsi resipi ini dengan D.

Mengikut kata Kak Intan biskut inilah dah sampai ke London dan Australia, mungkin ramai yang menempahnya dari beliau. Ada hamba Allah dari Dubai yang nak order 1000 botol untuk Hari Raya berapa tahun yang lepas tetapi beliau terpaksa tolak kerana tak larat untuk membuatnya. Biskut ini juga dikenali sebagai Suji Badam di Geylang dimana Kak Intan selalu membuatnya untuk dijual disana. Maaf gambar resipi ini agak tak berapa clear sebab yang mengambilnya belum “pro” lagi. Ini sahaja yang ada dalam simpanan D. Insyallah tahun ini D nak buat sendiri biskut nih.

BISKUT SUJI BADAM KAK INTAN

Bahan-bahannya
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
Minyak makan secukup nya

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak.

BISKUT SUJI

Bahan-bahannya
750 gram tepung gandum
500 gram gula aising
500 gram minyak sapi QBB
1 ½ sudu makan garam

Cara-caranya
1. Pukul minyak sapi, gula aising dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan ¾ tepung dan gaul. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Tepung kena masuk sikit sikit part yang ¼ lebihan bergantung kepada kelembapan tepung.
3. Kemudian boleh dibulat-bulatkan dan hias atasnya dengan jelly tip/ ceri. Kalau nak lagi cun letak kat dalam papercups. Kemudian boleh bakar sehingga ia masak.

Nota: Biskut ini lembut dan ia mudah melekat-lekat sikit jadi jangan terlalu dialih-alihkan dari bekas nanti tak cun arr. Dari segi rasa memang kelas, masuk mulut terus cair.

BISKUT SHORTBREAD/ CHOCO BATIK


Resipi ini dikongsi bersama oleh Mod Permata di FRD, resipi tarik dari Maklang dan sumber dari Puan Anis Adlina. Kepada yang menyukai biskut shortbread bercoklat boleh mencuba resipi ini.


Kepada Permata, Maklang dan juga empunya resipi Anis Adlina terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.


BISKUT SHORTBREAD/ CHOCO BATIK
Sumber : Anis Adlina

Bahan (utk base biskut)
240g tepung gandum
100g gula kastor
80g serbuk badam
200g butter
90g susu tepung

Cara
1. Alas acuan pemotong 10x12 dengan kertas minyak (alas bhg basenya saje...)
2. Gaul kesemua bahan hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti)...jgn kering nanti bkut berderai.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan/canai adunan sehingga padat dan rata dlm acuan.Cucuk ngan garfu biar msk sekata.
4. Tekan alat pemotong ke dalam adunan biskut dan bakar pada suhu 180 selama 12’.
5. Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong dan biarkan sehingga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat.

Bahan Hiasan
250g coklat masakan (boleh tambah jika suka banyak coklat)
200g coklat putih (kurangkan jika tak gemar corak sarat)
shortening (agak2 aje)

Cara
1. Cairkan coklat masak, kemudain tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
2. Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak.
3. Tarik coklat putih dengan lidi utk dijadikan corak batik.
4. Masukkan semula alat pemotong kedalam biskut dan sejukkan dlm fridge selama 10’ atau sehingga coklat telah keras.
5. Bila coklat dah beku, keluarkan alat pemotong dan pisahkan biskut sebelum menyimpan biskut dlm bekas kedap udara.

BISKUT SEMPERIT DWI WARNA


Resipi sumbangan Saudari Norazie dari Resipi.Net yang telah mendapat liputan memberasangkan di Resipi.Net. Ini ulasan dari Maklang yang telah mencubanya.



BISKUT SEMPERIT DWI WARNA
Sumber: Norazie (Resipi.Net)

Bahan-bahannya
300 gram mentega
160 gram gula aising
100 gram tepung jagung
160 gram tepung kastard
240 gram tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan:
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat.

Cara-caranya
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.

BISKUT SELENDANG RINDU


Resipi ini dikongsi oleh Maklang (FRD), resipi asal dari Saudari Zai. Mengikut kata Maklang biskut ini sedap dan ranggup. Sudilah cuba. Terima kasih Maklang dan Saudari Zai sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.

BISKUT SELENDANG RINDU
Sumber : Zai

Bahan-bahannya
250gm mentega
100 gm gula aising (ayak)
Bahan diatas dipukul sehingga sebati

250gm tepung kentang
100 gm tepung gandum
150gm tepung jagung
Ketiga-tiga tepung diatas diayak

200 gm nestum
Choc.rice & choc. chip } yg ni pepandai tambah sendirik

Cara-caranya
1. Bila mentegah telah dipukul sehingga sebati dan kembang. Masukkan ketiga-tiga tepung yang telah diayak.
2. Kemudian masukkan coklat rice dan coklat cip. Uli rata sehinnga menjadi doh.
3. Terap dengan acuan dan bakar dengan suhu 180’C selama 15-20 minit.

BISKUT SALJU BADAM


BISKUT SALJU BADAM
Sumber: Juriah Abdullah

Bahan A
110 gram mentega lembut
1 biji telur yang kecil
70 gram gula powder
1/4 sudu teh rata bicarbonate soda
1 sudu teh egg vanilla
1/2 sudu teh emplex
40 gram badam, dikisar
60 gram tepung jagung
210 gram tepung Hong Kong, diayak
300 gram badam, dihiris halus, untuk hiasan

Bahan B
100 ml putih telur
180 gram gula powder
60 gram tepung jagung

Cara untuk Bahan A
Dengan menggunakan "K" beater, pukul mentega, telur, gula, bicarbonate soda, egg vanilla, emplex dan badam kisar sehingga rata dan sebati. Masukkan tepung Hong Kong dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga rata. Perap selama 10 minit. Ambil sedikit adunan, canai rata dan potong memanjang. Sapu diatasnya dengan Bahan B, taburkan sedikit badam hiris, atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

Cara untuk Bahan B
Putih telur dan gula dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sehingga rata. Sedia untuk digunakan.

BISKUT ORANGE CHOCOLATE SANDWICH

Resipi ini adalah sumbangan dari Saudari Shamsiah. Terima kasih kepada Shamsiah yang sudi berkongsi dengan kita semua disini. Semoga Allah membalas budi baik anda memanjangkan resipi ini kepada kita semua. Amin.

Oh semekut sandwich lepas anda dibakar anda disapu cokelat rupanya lepas tu ditampal jadiler Biskut Orange Chocolate Sandwich… yehaaaaaaaa….

BISKUT ORANGE CHOCOLATE SANDWICH
Sumbangan: Shamsiah

Bahan-bahannya
200 gram mentega
170 gram gula aising, diayak
280 gram tepung gandum
1 biji kuning telur
1 sudu teh orange cloudy (orange paste)
½ sudu teh baking powder
Chocolate tulip (untuk disapu pada biskut yang kemudiannya dicantum)

Cara-caranya
1. Pukul butter dan icing sugar hingga sebati, usah terlalu kembang.
2. Masukkan kuning telur dan orange cloudy dan pukul rata.
3. Masukkan baking powder dan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
4. Ambil nozzle bentuk star, picit biskut satu-persatu dan bakar di dulang pada suhu 160 darjah selsius sehingga bahagian tepi biskut kelihatan perang sedikit. Angkat dan sejukkan.
5. Bila biskut sudah sejuk, sapukan cokelat Tulip atau Selbourne (semi-sweet chocolate) pada biskut dan cantumkan. Biarkan cokelat mengeras sebelum disimpan.

BISKUT NUTELLA


Resipi ini telah dikongsi bersama oleh Saudari MJ (Forum Resipi Diana) atau juga dikenali sebagai Mummy Jam. Kepada Sis MJ, terima kasih sudi berkongsi resipi yang mudah ini dengan kita semua.

BISKUT NUTELLA
Sumber: MJ

Bahan-bahannya
250gm mentega
130gm gula castor
25gm serbok koko
2 sudu makan nutella
120 gm badam cincang
350gm top flour
50 gm tepung jagung

Cara-caranya
1) Pukul mentega dan gula mengunakan mixer sehingga kembang.
2) Masokkan koko dan nutella dan kacau sehingga sebati.
3) Campurkan badam cincang yang telah disangar terlebih dahulu dan akhir sekali tepung gandum dan tepung jagong yang sudah diayak. Gaul sehingga sebati dah terap mengikut kesukaan masing masing. Bakar di oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175d C selama 20 minit sehingga biskut masak.

BISKUT MOCCA LOG


Resipi ini dikongsi bersama oleh Adik Sayang (FRD). Biskut ini telah beliau sediakan untuk FRD Cookie Exchange 2008 dan rasanya ada keunikkan antara butter cookies yang berperisakan kopi. Sudilah mencubanya.

Thanks Sayang for sharing the recipe.

BISKUT MOCCA LOG
Sumber: Sayang (FRD)

Bahan-bahannya
250 gm mentega
150 gm gula kastor
450 gm tepung gandum di ayak
2 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanila
1 sudu makan Nescafe
Secukup badam cincang dibakar dulu
Secukup chocolate masak dicairkan

Cara-caranya
1. Pukul mentega,gula dan garam hingga kembang.
2. Masukkan telur dan vanilla pukul lagi hingga sebati
3. Tepung dan Nescafe digaul rata dan masuk kan kedlm adunan mentega tadi dan gaul hingga rata
4. Adunan agak lembut dan masukkan dlm piping beg gunakan nozzle bintang
5. Picitkan atas dulang sepanjang 6cm
6. Baker dengan suhu 160-190 bergantung pada ketuha masing2 selama 8-12 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan biskut dan celupkan separuh biskut tadi dengan coklate cair dan taburkan badam diatas coklat cair tadi.
8. Setelah kering baru simpan dalam bekas.

BISKUT MAKMUR TABURAN


Resipi ini permintaan dari Kak Ct. InsyaAllah, nanti D dapatkan resipi Biskut Makmur dari makcik-makcik D pula. Boleh tambah koleksi Biskut Makmur. Bezanya resipi ini intinya menggunakan kacang gajus, boleh juga diubah kepada kacang tanah jika inginkan versi yang original. Dan kelainan bagi resipi ini ialah selalu Kuih Makmur kita salut dengan gula sahaja tapi ini ia disalut juga dengan kacang gajus. Kepada Kak Ct, harap resipi ini dapat membantu.

BISKUT MAKMUR TABURAN
Sumber: Juriah Abdullah

Bahan A - Doh
160 gram mentega lembut
100 gram Crisco putih
1 biji telur kecil
80 gram gula powder
1 sudu teh serbuk vanilla
1/2 sudu teh emplex
400 gram tepung Hong Kong, diayak
60 gram tepung custard

Bahan B - Inti
150 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar kasar
180 gram gula powder
60 gram mentega lembut

Bahan C - Tabur
190 gram kacang gajus, dibakar dan dikisar
200 gram gula kaster

Cara untuk Bahan A
Pukul dengan "K" beater mentega, gula, telur, Crisco, emplex dan vanilla. Apabila rata masukkan tepung Hong Kong dan custard. Pukul lagi sehingga rata dan perap selama 10 minit. Kemudian ambil 30 gram atau 40 gram doh dan dileperkan. Isikan dengan Bahan B dan sepit diatas bentuk daun, kemudian atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah C selama 25 - 30 minit. Setelah masak tabur rata dengan bahan C.

Cara untuk Bahan B
Gaul rata semua Bahan B sehingga sebati. Perap selama 10 minit. Ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut kecil besarnya biskut yang hendak dibuat.

Cara untuk Bahan C
Gaul rata semua Bahan C yang diperlukan untuk menabur biskut yang baru dimasak.

BISKUT ISTIMEWA CORNFLAKES


Resipi ini dikongsi oleh Adik Smile (FRD). Kepada penggemar biskut cornflakes, smile rekomen biskut ini kerana ia mudah untuk dibuat dan menepati citarasanya. Selamat mencuba.

Terima kasih Smile panjangkan resipi ini kepada kita semua.

BISKUT ISTIMEWA CORNFLAKES
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-bahannya
3 cawan bijiran corn flakes (I put more)
1 cawan tepung serbaguna + 1/2 cawan tepung jagung
1 camca teh serbuk penaik
¼ camca teh garam
1 cawan marjerin lembut (suhu bilik)
2/3 cawan gula
1 biji kuning telur
1 camca teh vanilla

Cara-caranya
1. Pukul majerin, gula, kuning telur sehingga sebati, tidak perlu gebu macam nak buat kek.
2. Dalam bekas lain, campurkan tepung, cornflakes, serbuk penaik dan masukkan kedalam aduanan majerin.
3. Sudukan adunan keatas loyang pembakar dan bakar sehingga ia kekuningan.

Nota Smile: Mengikut kata pemberi resipi, adunan memang sangat lembut, tetapi jika tersangat lembik, tambahkan tepung gandum dan bukan tepung jagung. Bagi Smile kesedapan biskut ini adalah melalui rasa dari majoring Planta yang Smile gunakan.

BISKUT KURMA ARABIAN NIGHT


Atas permintaan Saudari Shamsiah untuk resipi Biskut Arab. Maaf tapi D tidak ada resipi Biskut Arab. Resipi Biskut Kurma Arabian Night ini boleh anda olah kerana D telah teliti bahan-bahannya yang sama seperti Biskut Arab.

Untuk Inti, anda hanya perlu omit kurma dan gunakan kacang tanah yang telah dicincang kasar dan campurkan dengan sedikit mentega dan gula. Ini boleh agak-agak jadi boleh membentukkan inti supaya senang untuk diisi kedalam doh.

Dohnya pula menggunakan minyak sapi sama seperti Biskut Arab tapi jangan diwarnakan biarkan warna putih sahaja. Apa yang D tahu ada Biskut Arab dohnya hanya menggunakan tepung gandum dan juga minyak sapi yang telah dicairkan ia digaul rata untuk dijadikan doh dan kemudian diisikan inti kekacang dan bentukkan bulat. Setelah dibakar, golekkan biskut tersebut diatas gula halus dan boleh anda letak dalam papercups yang comel. Harap penerangan D yang seberapa ini dapat membantu. InsyaAllah jika D berkesempatan mendapat resipi Biskut Arab akan D berikan disini.


BISKUT KURMA ARABIAN NIGHT
Sumber: Rancangan Kuih Raya bersama Tepung Blue Key & Star Brand

Bahan A
300 gram kurma
100 gram kacang tanah
*bahan diatas digaulkan bersama dan dibulatkan

Bahan B
150 gram minyak sapi
150 gram mentega
200 gram gula aising
350 gram tepung gandum
500 gram tepung jagung
2 biji kuning telur
sedikit garam
sedikit pewarna cochineal merah, epal hijau dan kuning telur

Cara-caranya
1. Putar mentega, gula, garam, minyak sapi dan kuning telur sehingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul hingga rata.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan setiap bahagian.
4. Ambil sedikit setiap bahagian warna tadi. Letakkan Bahan A (inti) ketasnya. Kemudian bentukkan bulat dan masukkan ke dalam mangkuk kertas.
5. Bakar dalam suhu 180 darjah C selama 30 minit.

BISKUT GHEE DINDAZZZ



Resipi yang mudah dan sedap dari Adik Dindazzz. Cubalah, masuk mulut terus cair. Ini resipi yang D terjemahkan.

BISKUT GHEE DINDAZZZ
Sumber: Dindazzz

Bahan-bahannya
340 gram tepung gandum
40 gram tepung beras
¼ sudu teh garam
180 gram minyak sapi, dicairkan
90 gram gula kaster

Cara-caranya
1. Campurkan kesemua bahan-bahan untuk dijadikan doh yang lembut.
2. Bentukkan doh menjadi bulat dan atur diatas loyang yang telah disapu dengan mentega.
4. Bakar pada suhu 170’C selama 20 minit sehingga kekuningan.

BISKUT GAJUS


Resipi ini dikongsi oleh Saudari CT (FRD), resipi asal dari Kak Rossya. Sesuai untuk kita mamam untuk snek seisi keluarga…

Thanks CT and Kak Rossya sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua. Kalau malas nak terap-terap… haaa ikut cara CT… masuk loyang ratakan zassss dengan cutter cantikkkk tuuuu…

BISKUT GAJUS
Sumber: Kak Rossya/ CT (FRD)

Bahan-bahannya
250g mentega
100g tepung jagung
100g Top flour
225 tepung gandum
100g icing sugar
1 biji kuning telur
60g gajus, dibakar dan di kisar
1 biji kuning telur untuk di sapu diatas telur
secukup kacang gajus untuk hiasa
1/2 sudu teh vanilla essence

Cara-caranya
Gaul rata mentega, telur, icing sugar, vanilla dan gajus kisar. Masukkan ketiga-tiga jenis tepung yang sudah diayak dan kacau lagi sehingga menjadi doh yang lembut. Citak mengikut citarasa anda Sapukan kuning telur di permukaan biskut dan hiaslah dengan sebiji gajus diatasnya. Bakar sehingga kuning dan masak.

BISKUT EMPING RANGGUP


Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Ella (FRD), resipi asal dari buku masakan Mami Asmah Laili. Sesuai untuk minuman petang.

Terima kasih Ella sudi panjangkan kepada kita semua.

BISKUT EMPING RANGGUP
Sumber: Mami Asmah Laili/ Ella (FRD)

Bahan-bahannya
250gm mentega
270 gm gula kaster
160 Tepung naik sendiri-diayak
200gm oats
120 badam cincang
120 gm emping jagung-diramas kasar-kasar
2 biji telur
1 sudu teh vanilla esen

Cara-caranya:-
1. Pukol, mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan pukol lagi sehingga rata.
3. Masukkan kan emping, oats dan badam. digaul lagi.
5. Masukkan tepung sampai habis dan dsihaul sehingga rata.
6. Cetak mengikut selara anda.
7. Bakar disuhu panas 170 dalam 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.

BISKUT DAHLIA (ISHZAH FOTOPAGES)


Kebelakangan D jarang dapat menjenguk resipi kawan-kawan. Inilah masanya. D ke Ishzah Fotopages dan tertarik dengan resipi Biskut Dahlia ini.

Ishzah, D minta izin untuk kongsi resipi ini dengan kawan-kawan disini. Terima kasih ya….

Tengok biskut yang telah dibakar rasa macam nak cekup seketul NGAP masuk mulut. Mesti ranggup dan sedap gitu… apa lagi manis rupanya bila telah dihias dengan ceri. Menurut Ishzah resipi ini adalah dari Norazie. Terima kasih juga kepada Norazie sudi memanjangkan resipi ini kepada kita semua.


BISKUT DAHLIA
Sumber: Norazie RN

Bahan-bahan:
300g Butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

Hiasan:
Cherry merah - potong kecil secukupnya

Cara menyediakannya:
Pukul buter, gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila kacau sebati.
Masukkan semua jenis tepung. gaul dan uli sebati. Terap atas loyang.
Utk hiasan ceri, boleh letakkan sekali.
Bakar 150C selama 20 min. (ishzah bakar selama 17 minit sahaja)

BISKUT DAHLIA


Resipi ini dikongsi bersama oleh Sis Blackmore (FRD), resipi asal dari Puan Hazizah Bte Ghani (buku masakan Asmah Laili)….

D pun telah mencuba resipi ini sikit masa dahulu dan memang tidak mengecewakan. Cubalah…

BISKUT DAHLIA
Sumber: Puan Hazizah Bte Ghani (Buku Masakan Asmah Laili)

Bahan-bahannya
250 gram mentega
450 gram tepung gandum, diayak
25 gram tepung custard
2 biji kuning telur
175 gram gula aising
1/3 sudu teh esen vanilla
sedikit jelly tip, dipotong dua, cuci dan toskan

Cara-caranya

Mentega, telur, gula aising, tepung custard dan vanilla digaul rata. Masukkan tepung gandum. Uli sehingga dohnya lembut. Ambil sedikit doh, masukkan kedalam acuan bunga dahlia. Tekan sehingga terbentuk sekuntum bunga dahlia. Hias dengan jelly tip dan bakar sehingga garing.

BISKUT DAHLIA


Resipi ini permintaan Kak Noor, ini resipi tried, tested and sedap kalau picit itu biskut takkan meleper just nice dia duduk jadi rupa Biskut Dahlia. Waktu buat tu tak ada jelly tip jadi Mummy D warnakan tepung dan tompokkan atas biskut tu.

BISKUT DAHLIA

Bahan-bahannya
320 gram mentega
450 gram tepung gandum, diayak
25 gram tepung custard
2 biji kuning telur
175 gram gula aising
1/3 sudu teh esen vanilla
sedikit jelly tip, dipotong dua, cuci dan toskan

Cara-caranya
Mentega, telur, gula aising, tepung custard dan vanilla digaul rata. Masukkan tepung gandum. Uli sehingga dohnya lembut. Ambil sedikit doh, masukkan kedalam acuan bunga dahlia. Tekan sehingga terbentuk sekuntum bunga dahlia. Hias dengan jelly tip dan bakar sehingga garing.

Virus H1N1

Artikel ni kiriman chetam...

H1N1 ALERT!

Virus H1N1

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Takut bila baca newspaper tentang korban jiwa akibat H1N1. Lebih ngeri apabila yang terkorban termasuk bayi dan anak kecil.

Chetam terima banyak petua-petua dalam bentuk email dan Chetam kongsikan petua-petua tersebut di Teratak Chetam. Harap kita dapat ambil ikhtibar dalam mencegah famili kita dari terkena H1N1.

Rata-rata yang terkena H1N1 ni kebanyakan orang Melayu sedangkan kita tak ada direct contact dengan sumber H1N1 ini. Jangan lupa yang manusia yang sebenarnya merupakan pembawa atau vektor kuman H1N1 ini. Sebab tu kita digalakkan supaya selalu membasuh tangan dan memakai topeng muka. Menurut emails yang Chetam terima, corak pemakanan orang Melayu yang menyebabkan kita terdedah kepada H1N1. Kita kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan sebab tu badan kita senang terkena penyakit H1N1.

InsyaAllah Chetam akan update petua-petua ni dari masa ke semasa. Selain dari petua-petua ini, ada pihak yang mencadangkan produk-produk yang hangat di pasaran seperti Transfer Factor, Susu Alpha Lipid dan Minyak Kelapa Dara. Tepuk dada tanya selera....tapi sebenarnya....kena periksa kocek juga.

Ikhlas
Chetam

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Dari email Viruseinside

Utamakan buah2an tempatan seperti pisang..nenas...rambutan etc. Buah2an tempatan lebih banyak vitamin c dari oren dan epal. Untuk tambahan, makan minyak ikan (perisa oren...elok utk kanak2...depa suka) dan dapatkan vitamin C atau multivitamin.

Info daripada Kementerian Kesihatan KLIA.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Mimie

langkah bijak adalah n mencegah dr awal salah satunya amalkn petua2 yg dah ramai bagi kat setiap ruangan yg berkaitan H1N1 ni........contohnya dr seorg rakan email bagitau amalkn makan buah epal hijau n jus orange.....makan kurma yg di rendam dlm air kelapa....selagi ada ikhtiar dan berdoa insyaallah berhasil....

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email muhammad nasir

Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

Nota kaki Chetam : banyak email yang Chetam terima berkenaan jintan manis ni

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email fadli

kepada rakan2 sekalian, segala penyakit itu datang darinya untuk menguji hamba2nya
dan percayailah bahawa penawarnya juga datang dari padanya, amalkan 7 makanan yang di nyatakan dalam alquran sebagai makan terbaik dalam kehidupan, jgn lupa penawar segla penyakit iatu madu, buah tin, buah delima, zafran, kurma, buah zaitun sebagai ubat segala penyakit. kita berusaha cuma kita minta petunjuk dari allah yang punya dunia..semoga disembuhkan. amalkan selawat syifa sepanjang masa, dan doa mengelakkan penyakit merbahaya.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Lurve Angle

Salam Sahabat,
Pagi tadi sorang kawan yg da 3 ari demam pg Guardian farmasi nak beli mask..
Then pharmasist tu cakap, sebenarnya pkai mask not really effective..
Die syorkan makan Vitamin C..dan die suggest member nie beli Vitamin C Redoxon...
Macam soluble, kena masuk dalam air then minum..saya pun da cuba..not bad rasanya..macam air oren...
Die cadangkan makan sekali pagi dan sekali malam untuk tingkatkan imune system badan kita..
Ini ikhtiar kita..Semoga kita selamat dari penyakit berbahaya nie...Insyaallah...
~KaSeh SuCI~

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email Suzi

Salam semua,

Saya ada menerima email mengenai juice apple hijau yang boleh prevent H1N1, alhamdulillah anak sulung saya demam teruk 3 hari lalu, saya bawa ke klinik ambil ubat dan selama 3 hari juga setiap kali waktu makan saya bagi juice apple hijau yang saya blend dengan madu. Alhamdulillah demam anak saya dah beransur pulih walaupun masih agak lemah..saya juga mengamalkan untuk seisi keluarga sebgai prevention.

Wassalam

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

dari email ina zaini

boleh amalkan jus2 yang mengandungi habbatus sauda,kurma,kismis,delima,buah tin,madu,halia,pegaga,halba...
Kita berpegang pada hadis yang dah tertulis "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda kerana ia adalah penawar segala penyakit kecuali MAUT"

Wassalam..

Aug 3, 2009

Resepi Acar Ikan Kering

Acar Ikan Kering


ACAR IKAN KERING
Sumber : Sazylina Ramly
Sumbangan :Mak Lang
Gambar: Mak Lang

Bahan-bahan
1 kg Isi ikan kurau / talang kering - basuh dan kemudian di goreng macam biasa
RM 2 - cili padi
RM 2 - bawang kecil
RM 2 - bawang putih
Rempah
2 gengam cili kering }
2 inci Halia } diblendkan
2 inci kunyit hidup }
4 biji bawang besar }
Daun kari (4 tangkai diambil daunnya)
RM 1 - Ketumbar (serbuk @ biji) - sekiranya menggunakan ketumbar biji,
gorengkan dulu dan blend halus.
1 botol Cuka
Gula

Maklang letak sedikit biji sawi...

Cara Menyediakan
1. Tumis kan daun kari sehingga wangi.
2. Tumiskan bahan blend sehingga garing / pecah minyak. Masukkan gula
(biarkan manis) dan kacau sehinga hancur/mendidih.
3. Lepas tu masukkan CUKA dan kacau sampai mendidih. Masukkan isi ikan/ cili
padi / bawang kecik dan putih.
4. Cukup sekadar mendidih seketika saje. Tutup api.

Resepi Puding Prune


Puding Prune
Sumbangan: Mak Lang


Bahan
1 liter air
10 gm agar2 serbuk
250 g gula

BAHAN A
4 biji telur
1 tin susu cair
20 biji prune - dikisar dan dicincang separuh
esen vanila

-Masak agar2 + gula hingga mendidih
-Satukan bhn A dan diblend.
-Masukkan dalam adunan agar2 tadi bersama prune cincang..masak sekejap.
-Tuang dlm bekas

Nota Kaki Mak Lang: Boleh dimakan bersama susu cair atau begitu saje.

Aug 1, 2009

Resepi Cream Puff



KRIM PUFF
Sumber: Mok Nik/ Mak Lang

Bahan-bahan :
70g majerin
140g tepung gandum
4 biji telur
200ml air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan majerin.
2. Bila majerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mixer. Campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
7. Setelah sejuk, belahkan di tengah, tetapi jangan sampai putus. Masukkan inti. Jika suka, curahkan coklat masakan yang telah dicairkan diatasnya.


Bahan Untuk Inti Kastad Oren
3 oz jus oren (mama campurkan Sunquick dengan air ikut kemasaman yang dikehendaki)
6 oz susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar majerin
2 sudu besar tepung kastad

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung kastad (sedikit demi sedikit) dengan susu hingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masakkan campuran tadi di atas api yang kecil hingga pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk sebelum digunakan


Selamat mencuba dari ibujuren...untuk tempahan sila layari http://jmfsproduct.blogspot.com

Tazkirah

SIHIR DAN PERDUKUNAN
Sumber: Zaafarani Zahirul Haq

Assalamualaikum wr wb,

Segala puji hanya kepunyaan Allah, shalawat dan salam semuga dilimpahkan kepada junjungan umat, Nabi besar Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, yang tiada lagi Nabi sesudahnya.

Dengan memohon pertolongan Allah Taala saya katakan bahawa berubat dibolehkan menurut kesepakatan para ulama. Seorang muslim jika sakit hendaklah berusaha mendatangi doktor yang ahli, baik penyakit dalam, pembedahan, saraf, mahupun penyakit luar untuk diperiksa apa penyakit yang dideritanya. Kemudian diubati sesuai dengan ubat yang dibolehkan oleh syara', sebagaimana yang dikenal dalam ilmu kedoktoran. Dilihat dari segi sebab dan akibat yang biasa berlaku, perkara ini tidak bertentangan dengan ajaran tawakkal
kepada Allah dalam Islam. Kerana Allah Taala telah menurunkan penyakit dan menurunkan pula ubatnya. Ada di antaranya yang sudah diketahui oleh manusia dan ada yang belum diketahui. Akan tetapi Allah Taala tidak menjadikan penyembuhannya dari sesuatu yang telah diharamkan kepada mereka.

Oleh kerana itu tidak dibenarkan bagi orang yang sakit, mendatangi dukun-dukun yang mendakwakan dirinya mengetahui perkara ghaib, untuk mengetahui penyakit yang dideritanya. Tidak diperbolehkan pula mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, kerana sesuatu yang mereka katakan mengenai perkara yang ghaib itu hanya didasarkan atas perkiraan belaka, atau dengan cara mendatangkan jin untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Dengan cara demikian dukun tersebut telah melakukan perbuatan kufur dan sesat.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjelaskan dalam berbagai hadithnya sebagai berikut :

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab 'Sahih Muslim', bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barangsiapa mendatangi tukang ramal (arraaf) kepadanya, tidak akan diterima sholatnya selama empat puluh hari."

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda :

"Barangsiapa yang mendatangi dukun (kahin) dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."
HR Abu Daud


Dikeluarkan oleh empat Ahlus Sunan dan dishahihkan oleh Al-Hakim dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dengan lafaz :

"Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau dukun dan membenarkan apa yang ia katakan, sungguh ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam."

Dari Imran bin Hushain radhiallahu anhu, ia berkata,

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 'Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barangsiapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang ia katakan, maka sesungguhnya ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam."
HR Al-Bazzaar, dengan sanad jayyid

Hadith-hadith yang mulia di atas menunjukkan larangan mendatangi peramal, dukun dan sebangsanya, larangan bertanya kepada mereka tentang perkara yang ghaib, larangan mempercayai atau membenarkan apa yang mereka katakan, dan ancaman bagi mereka yang melakukannya.

Oleh kerana itu, kepada para penguasa dan mereka yang mempunyai pengaruh di negerinya masing-masing, wajib mencegah segala bentuk amalan tukang ramal, dukun dan sebangsanya, dan melarang orang-orang mendatangi mereka.

Kepada yang mempunyai kuasa, agar melarang mereka melakukan amalan di pasar atau di tempat-tempat lainnya, dan secara tegas menolak segala yang mereka lakukan. Dan hendaknya tidak tertipu oleh pengakuan segelintir orang tentang kebenaran apa yang mereka lakukan. Kerana orang-orang tersebut tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh dukun-dukun tersebut, bahkan kebanyakan mereka adalah orang-orang awam yang tidak mengerti hukum, dan larangan terhadap perbuatan yang mereka lakukan.

Rasulullah 'Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang umatnya mendatangi para peramal, dukun dan tukang tenung. Melarang bertanya serta membenarkan apa yang mereka katakan. Kerana perkara tersebut mengandung kemungkaran dan bahaya besar, juga berakibat negatif yang sangat besar pula. Sebab mereka itu adalah orang-orang yang melakukan dusta dan dosa.

Hadith-hadith Rasulullah yang tersebut di atas membuktikan tentang kekufuran para dukun dan peramal. Kerana mereka mengaku mengetahui perkara yang ghaib, dan mereka tidak akan sampai pada maksud yang diinginkan melainkan dengan cara berbakti, tunduk, taat, dan menyembah jin. Padahal ini merupakan perbuatan kufur dan syirik kepada Allah subhanahu wa Taala. Orang yang membenarkan mereka atas pengakuannya mengetahui perkara yang ghaib dan
mereka meyakininya, maka hukumnya sama seperti mereka. Dan setiap orang yang menerima perkara ini dari orang yang melakukannya, sesungguhnya Rasulullah 'Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berlepas diri dari mereka.

Seorang muslim tidak boleh tunduk dan percaya terhadap dugaan dan sangkaan bahawa cara seperti yang dilakukan itu sebagai suatu cara pengubatan, seperti tulisan-tulisan azimat yang mereka buat, atau menuangkan cairan timah, dan lain-lain cerita bohong yang mereka lakukan.

Semua ini adalah amalan perdukunan dan penipuan terhadap manusia, maka barangsiapa yang rela menerima amalan tersebut tanpa menunjukkan sikap penolakannya, sesungguhnya ia telah menolong dalam perbuatan bathil dan kufur.

Oleh kerana itu tidak dibenarkan seorang muslim pergi kepada para dukun, tukang tenung, tukang sihir dan seumpamanya, lalu menanyakan kepada mereka perkara yang berhubungan dengan jodoh, pernikahan anak atau saudaranya, atau yang menyangkut hubungan suami isteri dan keluarga, tentang cinta, kesetiaan, perselisihan atau perpecahan yang terjadi dan sebagainya. Sebab semua itu berhubungan dengan perkara ghaib yang tidak diketahui hakikatnya oleh sesiapa pun kecuali oleh Allah Subhanahhu wa Taala.

Sihir sebagai salah satu perbuatan kufur yang diharamkan oleh Allah, dijelaskan di dalam surah Al-Baqarah ayat 102 tentang kisah dua Malaikat:

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua:

Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberimudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
Q.S Al-Baqarah 102

Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempelajari ilmu sihir, sesungguhnya mereka mempelajari perkara yang hanya mendatangkan mudharat bagi diri mereka sendiri, dan tidak pula mendatangkan sesuatu kebaikan di sisi Allah Subhanahu wa Taala. Ini merupakan ancaman berat yang menunjukkan betapa besar kerugian yang diderita oleh mereka di dunia ini dan di Akhirat nanti. Mereka sesungguhnya telah memperjualbelikan diri mereka dengan harga yang sangat murah, itulah sebabnya Allah berfirman :

"Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir itu, seandainya mereka mengetahui."

Kita memohon kepada Allah kesejahteraan dan keselamatan dari kejahatan sihir dan semua jenis amalan perdukunan serta tukang sihir dan tukang ramal. Kita memohon pula kepadaNya agar kaum muslimin terpelihara dari kejahatan mereka. Semoga Allah Subhanahu wa Taala memberikan pertolongan kepada kaum muslimin agar senantiasa berhati-hati terhadap mereka, dan melaksanakan hukum Allah dengan segala sangsi-sangsinya kepada mereka, sehingga manusia menjadi aman dari kejahatan dan segala amalan keji yang mereka lakukan.

Sungguh Allah Maha Pemurah lagi Maha Mulia!

BITTERBALLEN NASI





BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap / FRD

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi..
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

TIPS AYU:
Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas².. cantek jerk kepalannya bersatu..Selamat mencuba dari ibujuren..
 
Gorgeous Beaches of Goa