Aug 1, 2009

Resepi Cream Puff



KRIM PUFF
Sumber: Mok Nik/ Mak Lang

Bahan-bahan :
70g majerin
140g tepung gandum
4 biji telur
200ml air
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan majerin.
2. Bila majerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mixer. Campurkan vanilla dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 15 hingga 20 minit.
7. Setelah sejuk, belahkan di tengah, tetapi jangan sampai putus. Masukkan inti. Jika suka, curahkan coklat masakan yang telah dicairkan diatasnya.


Bahan Untuk Inti Kastad Oren
3 oz jus oren (mama campurkan Sunquick dengan air ikut kemasaman yang dikehendaki)
6 oz susu segar
3 sudu besar gula
1 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar majerin
2 sudu besar tepung kastad

Kaedah penyediaan :
1. Campurkan tepung kastad (sedikit demi sedikit) dengan susu hingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masakkan campuran tadi di atas api yang kecil hingga pekat. Alihkan dari api dan biarkan sejuk sebelum digunakan


Selamat mencuba dari ibujuren...untuk tempahan sila layari http://jmfsproduct.blogspot.com

0 ulasan:

Post a Comment

 
Gorgeous Beaches of Goa