Jul 31, 2009

Resepi Koleh Kacang



KOLEH-KOLEH
SUMBER : Resepi.net

Bahan A
3 cawan santan pekat (santan Kara)
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam

Bahan B
300 gm tepung kacang hijau
4 cawan air
1 sudu teh perwarna coklat (optional)

Bahan C
420-450 gm gula melaka
1/2 cawan air

Bahan D
1 1/2 cawan pati santan
secubit garam

Loyang bulat 10 inci


Cara menyediakannya
1. Gaul bahan B dan biarkan sekurang-kurangnya 2 jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Masak bahan C hingga gula larut, tapis dan biarkan sejuk.
3. Masak bahan D hingga menjadi tahi minyak. Ketepikan.
4. Campurkan bahan A, B dan C. Gaul rata.
5. Masak atas api sederhana sambil sentiasa dikacau selama 15 - 20 minit atau hingga nampak agak berminyak.
6. Setelah masak, tuang ke dalam loyang.
7. Taburkan tahi minyak di atas kuih dan biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.


Selamat Mencuba dari ibujuren..

Jul 23, 2009

Resepi Ketam Bakar



Ketam Bakar

Bahan-bahan
1 kg ketam
1 helai daun kunyit (mayang halus)

2 batang serai (mayang halus)
7 ulas bawang putih (tumbuk)
15 ulas bawang merah (tumbuk)
3 tangkai cili padi (tumbuk)
1 biji telur

6 helai daun limau purut (mayang halus)
Garam dan serbuk perasa secukupnya.

Caranya

1- Keluarkan isi ketam dari kulitnya.

2- Kemudian gaulkan isi ketam bersama bahan yang dimayangdan ditumbuk serta telur. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
3- Masukkan semula isi ketam kedalam kulitnya.
4- Renjiskan sedikit minyak ke atasnya sebelum dibakar.

5- Setelah masak, angkat dan hidangkan. Lebih sedap hidangkan bersama sos cili atau air asam.


Selamat mencuba!

Resepi Jus Asam Boi



Jus Asam Boi

Bahan...

3 biji asam boi
1 biji limau kesturi
2 sudu kecil madu
Air Suam secukupnya
Sedikit ais

Caranya..

1- Ambil asam boi, kikis isinya dan kisar halus.(boleh tambahkan air sedikit)
2- Campurkan dengan limau kesturi, madu, air, dan ais. Kacau sebati.
@@@sedia untuk dihidang....

Jul 21, 2009

Dah tertulis....

Pada jam 10 malam sedang ibu leka melayan anak2 mengulangkaji..tiba2 ibu dapat mesej dari kakak ibu...terkejut yang amat sangat bila dimaklumkan yang anak sedara ibu (perempuan-menantu kakak) dan satu-satunya cucu ibu (lelaki berumur 3tahun-cucu kakak) berada di hospital kerana kemalangan..

Bila ibu dapat tau terus ibu bergegas ke hospital malam tu jugak...mujurlah homework anak2 dah siap...taklah kelam kabut...Setibanya di hospital...ibu dimaklumkan yang anak sedara dan cucu masih sedang dalam bilik rawatan kecemasan..Melalui maklumat orang ramai...ke dua-duanya dilanggar oleh seorang lelaki berbangsa India yang sedang mabuk sambil membonceng motosikal tanpa lampu sekitar jam 9 malam dalam kawasan taman lebih kurang 1km dari rumah kakak...Ank saudara dan cucu juga sedang menaiki motosikal dan tiba2 kata ank sedara dia terdengar bunyi kuat dan tiba2 dia berada di tepi jalan sambil terdengar tangisan anaknya. Dalam keadaan yang tak bermaya dan tak boleh bergerak dia hanya mampu memujuk anaknya dari jauh..Kesian kan...

Mujurlah ada insan yang simpati menyaksikan kejadian motor yang ditunggang ank sedara terpelanting jauh bersama orangnya.. Hamba Allah tu terus kutipkan hp dan beg tangan yang tercampak jauh...dan terus menghubungi ambulan...dalam masa yang sama sedang orang ramai mengerumuni mereka...jiran kakak mendukung cucu dan menghantar pulang...Kakak terus bergegas ke tempat kejadian sambil mendukung cucu...setibanya di tempat kejadian ambulan dah sampai..kakak mengikuti ank sedara dan cucu ke hospital...

Dalam masa yang sama...India yang melanggar cuba melarikan diri dengan menaiki kereta dan menuju ke klinik swasta tetapi tidak diterima kerana keadaannya kritikal..Jumpa jugak kat hospital akhirnya...

Hampir jam 12malam baru kami dimaklumakan ank sedara mengalami tulang patah di bahagian peha sementara cucu mengalami retak tulang di bahagian atas buku lali..Kedua-duanya diwasukkan ke wad pada malam tu jugak..Sedang India tersebut masih lagi dalam rawatan (katanya kritikal)...

Ibu terpaksa menjaga ank sedara pada malam itu kerana suami tidak dibenarkan di wad perempuan...sementara kakak menjaga cucu di wad kanak-kanak...1 malam ibu tak tidur sebab jaga anak sedara...dia pun tak dapat tido mungkin masih terkejut...

Keesokannya jam 6.00 pagi ibu pulang ke rumah kerana nak siapkan anak2 bersekolah...Tambah pula, anak sedara ke GH untuk masuk besi di kaki dan cucu pulak kena simen...

nota: sama-samalah kita sentiasa beringat dn berhati-hati di atas jalan raya..kemalangan boleh berlaku tak kira tempat atau siapa pun...kadang2 bila kita yang berhati2 orang lain pulak yang cuai...tapi apapun...kita cume berusaha menghindarinya..Allah jua penentu segala...

nota: bila orang perempuan yang kena tambah lagi kaki pulak tu...tak tahulah macamana nak kata...harap suaminya bersabar atas dugaan ini...

nota: Ibu ni (perasan muda..hehe...) dah ada cucu...kelakar kan...ni yang belah ibu...yang belah suami punye ramai cucu sedara...teringat waktu berarak masa majlis kawin kami kat rumah suami...terdengar2 jugak cucu2 yang nakal...panggil nye kite ni "opah"...bingit je...apo nak bbuek...hehe..

#### ni gambar anak sedara dan cucu yang kemalangan



^^^kaki kiri yang kena tapi belum masuk besi lagi...ini nurse balut dan tarik guna pemberat untuk regangkan tulang supaya senang sewaktu operation..


^^^^lutut bengkak teruk..


^^^cucu yang debab tunggu hari untuk bukak simen dan berjalan..

Resepi Biskut Kacang Mazolla



Bahan

2 cawan minyak zaitun mazolla
2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan kisar)
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula
sedikit garam
Kuning telur

Cara

1- Campurkan semua bahan kecuali minyak dengan tepung gandum.
2- Gaulkan sampai adunan sebati.
3- Kemudian masuk minyak dan uli sampai lembut
4- Bentukkan adunan jadi bulat dan letak kacang tanah tadi.
5- Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 darjah selama 12-15 minit atau sampai kekuningan.

Selamat mencuba.

Another resepi dari rakan kakcikrecipes.blogspot.com


BISKUT RAYA - Biskut Kacang Mazola


Bahan-bahan :
200 gm kacang tanah - goreng & tumbuk halus
200 gm gula halus
250 gm tepung gandum
minyak mazola
1 biji telur

Cara penyediaan :
Gaul tepung gandum, gula dan kacang tanah hingga sebati. Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya hingga adunan menjadi lembut dan tidak berketul. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli. Kemudian atur dalam dulang pembakar dan letakkan sebiji kacang sebagai hiasan di atasnya. Supaya kacang tidak terpisah daripada biskut selepas dibakar, sapukan kuning telur di atasnya dan hasilnya ia akan kelihatan lebih cantik.

Jul 17, 2009

Resepi Nasi Ayam Madu

Hari ni suami keje separuh hari...uruskan anak yang sulung demam dah 3 hari tak surut2.... hari ni dalam bibir plak penuh dengan mata ikan...kesian jugak nak makan apa semua tak boleh..sesape yang ada petua nak ubat mata ikan ni bole kongsi dengan ibu ya...g kinik..dapat mc 2 hari tapi hari ni sambung lagi...tak taula apa masalahnya...nak cube hos plak...kot nasib baik kat sana...jadi ibu pun ingat nak masak nasi ayam je... dah lama tak masak dan rasanye ni je menu yang sesuai untuk anak yang sakit...semua orang pun bole makan....ni gambar nasi ayam yang ibu masak..resepi kat bawah kalau ada yang nak mencuba....




Resepi Nasi Ayam Madu

Bahan

4 cawan beras (dibasuh dan tos)
8 ulas bawang merah
6
ulas bawang putih
1 ½ inci halia (nak letak lebih pun takpe lagi sedap...)
2 batang serai
2 ketul kiub pati ayam (ibu selalu guna maggi punye..ada umph...)
5 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
3 liter air
sedikit garam dan serbuk perasa
1 ekor ayam (dipotong 6)


Caranye...

1- mula mula masak sup dulu..tumbuk 5 ulas bawang merah , 4 ulas bawang putih, halia, dan serai..
2- pastu panaskan minyak dalam periuk..tumis kan sampai naik bau...tambah air..
3- masuk ayam sekadar untuk rebus bagi lembut je...masuk kan kiub..masuk garam dan perasa...
4- sambill tu...tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, setengah inci halia,sebatang serai...Tumis dalam kuali...sampai naik bau guna marjerin..(ibu suke guna majerin sebab dia punya rasa ada lemak2..gitu..bole juga ganti dengan minyak je..)
5- Masuk beras dan tambah air sikit...sekadar tak lekat pada kuali...goreng sekejap dan letak garam sikit..
6- pastu masuk beras tadi dalam periuk nasi letak air sup tadi ikut sukatan kita masak nasi...jangan lupe letak daun pandan bagi harummm je..
7-bila tengok ayam dah empuk, kuarkan dan tos...
8-
perap bersama madu dan kicap manis. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi di dalam minyak yang sedikit. Setelah masak, potong ayam kepada bahagian yang kecil.
9- hidangkan dengan sup...kalau nak sayur bole tambah daun salad dan timun serta tomato..

@@@@@ sedap tau bikin sendiri tak payah beli kat kedai...kalau beli tak dapat banyak macam kita masak sendiri....selamat mencuba kawan-kawan....
 
Gorgeous Beaches of Goa