May 27, 2010

Kek Keju Tanpa Bakar

Sumber : Wan No

Bahan-bahan:

100 gram biskut perisa coklat – hancur kasar
1 ¼ cawan biskut perisa coklat – hancur halus
50 gram mentega
3 sudu besar gelatin sayuran
¼ cawan air suam
500 gram krim keju
½ cawan gula kastor
1 cawan krim segar
2 sudu besar jus lemon

Cara Penyediaan:

1) Satukan biskut yang dihancur kasar bersama mentega. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang kek yang boleh dibuka tepi berdiameter 20cm. Mampatkan adunan biskut ke dasar loyang hingga rata dengan menggunakan belakang sudu. Masukkan ke dalam peti ais seketika untuk keraskan dasar kek ini..

2) Larutkan gelatin dalam air suam. Masukkan krim keju dan putar hingga lembut. Masukkan gula dan teruskan putaran sehingga sebati.

3) Masukkan jus lemon, krim dan biskut yang dikisar halus. Kacau sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam yang telah disejukkan tadi. Ratakan permukaan atasnya dan masukkan ke dalam peti ais selama sejam atau sehingga kek menjadi pejal.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

0 ulasan:

Post a Comment

 
Gorgeous Beaches of Goa